ALHAMDULILLAH.First trial in the making of "TIRAMISU CAKE".Semangat kott balik nak buat kek tiramisu.Menanti detik tiba cuti mid sem,,hari-hari bukak blog tengok resipi.Cari yang simple je!Haha,,senang nak buat.Cuba kalau beli...semestinya..tak cukup!!Nak lagi..nak lagi..Jalan keluar adalah buat sendiri.Makan sampai menambah-nambah pun tak apa.Bukak peti terus boleh makan.=)
Bahan-bahan untuk kek tiramisu ni sangat la simple dan mudah!!
BAHAN-BAHAN :
(1) Kek Sponge (saya beli perisa pandan.sedap!!hehe)
(2) Whipping cream (250 ml) -brand apa pun tak kisah.
(3) Cream cheese (250 gm) -saya guna brand Philadelphia(kraft)
(4) 1/2 cawan gula kastor
(5) 1 sudu teh asen vanila
(6) Serbuk nescafe dan air untuk bancuhan
(7) Biskut oreo
(8) Milo
# Simple kan bahan-bahan nak buat.Jom tengok cara-cara nak buat pulak.Lagi senang!! =)
1. Satukan whipping cream,cream cheese,esen vanila dan gula kastor.Putar dengan mixer hingga sebati bermula dengan kelajuan rendah.
2. Bancuh air nescafe tanpa gula.Lembapkan kek sponge dengan air tadi.Lembapkan depan belakang kek.
3. Susun kek dalam bekas atau cawan. (Depends korang la.Nak buat dalam bekas ke cawan)
4. Masukkan krim yang diputar tadi.
5. Lapiskan dengan biskut oreo yang telah dihancurkan.
6. Kemudian,sekali lagi lapiskan dengan kek yang dilembapkan dengan air nescafe.
7. Lapiskan sekali lagi dengan biskut oreo.
8. Letak sekali lagi lapisan krim.
9. Akhir sekali tabur serbuk milo.(nak guna serbuk nescafe pun boleh.Depends korang. =) )
10. Masukkan ke dalam peti lebih kurang 3-4 jam.Sedappp makan sejuk-sejuk. =)
(bahan adunan yang siap diputar)
*bancuhan air nescafe.saya guna yang 3 in 1.guna yang nescafe biase pn ok.tak perlu letak gula,letak dalam pinggan leper sebab senang nak lembabkan kek sponge depan belakang.jangan lama-lama.tak sedap kalau kek tu jadi lembik sangat.
(biskut oreo yang dihancurkan)
lapisan pertama.kek sponge yang dah dilembapkan dengan air nescafe.
lapisan kedua.adunan krim yang diputar tadi.
lapisan ketiga.biskut oreo yang dihancurkan.
lapisan keempat.kek sponge yang dah dilembapkan dengan air nescafe.
lapisan kelima.sekali lagi sapuan krim yang diputar tadi.
lapisan keenam.taburan serbuk milo.
TADAAA!!!!Dah siap!!Senang sangat kan.Banyak lapis??Biase la tu.Nama lagi tiramisu cake.Sedapp!!Korang kena cuba buat dulu.Tambah kalau air tangan sendiri.Lagi sedap.Hahaha,,bila agi nak puji diri sendri kan.Semalam buat,rini dah abihh.Tandanya apa tu??Erkk....Alhamdulillah.Berjaya. =)
*Untuk taburan milo tu,kalau nak tabur dengan serbuk koko ke,,serbuk nescafe ke,,boleh jugak.kreativiti dan taste masing-masing.Selamat mencuba!!
Persediaan ke arah alam rumah tangga melingkupi banyak aspek.Ilmu menambat hati suami(antaranya cuba untuk memasak la kan.Hehe..Selain ilmu-ilmu lain juga.=)
*SPECIAL IN SWEET 22 =)
Alhamdulillah,menginjak angka 22 mengajar banyak erti hidup.Kehidupan di dunia tidak akan lari dari ujian Allah.Cumanya kita sebagai hamba perlu bijak dalam menangani ujian.Allah bagi ujian...Allah sayang akan hamba-hambaNya.Meningkat tahun dan umur...semakin hampir juga pada detik-detik yamg PASTI iaitu kematian.Moga sisa umur yang Allah anugerahkan ini dapat dimanfaatkan ke arah jalan yang diredhai Allah.Aminn...
Sangat terharu menerima ucapan dan hadiah dari sahabat-sahabat.Di samping ucapan,,terselit doa dari mereka.Allah....moga kami sentiasa dalam rahmatMu.Aminn..
kte nk try buat ikut respi wir la...(entry da lme, bru skrg nk comment..kekeke)
ReplyDeleteterharuuu laa tikah komen kt blog kite.sifu komen nih.haha..try la buat tikah.sedapp kott!!resipi ni biase2 je.klu jmpe yg lgi gempak,,bleh buat. =)
ReplyDelete