Bismillahirrahmanirrahim....syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam.Juga masih lagi dapat menghirup oksigen kurniaan dariNya.Alhamdulillah.
Bertarikh 28/1/2013 sehingga 1/2/2013 bermulalah pengembaraan kami pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Hubungan Korporat Tahun 3 USIM bersama 3 orang pensyarah. Menceduk sesudu pengalaman di Bandung,Indonesia.(suke-suke jer gune menceduk..hehe..)
Tepat jam 3.00 pagi bertarikh 28/1/2013, kami bertolak ke LCCT. Awaiinye..memang tak tidur la kan.Ermm..memang kena bertolak awal.Banyak kotak misi kemanusiaan yang dibawa bersama.Tak termasuk beg troli yang besar-besar lagi.Gaya macam nak bermastautin kat Bandung.Hehe..Selepas menunaikan solat Subuh,tepat jam 6.30 pagi....FLY with Air Asia.
Lebih kurang dalam jam 8.30 pagi kami tiba di Airport Bandung.Memang cepat la kan naik flight.2 jam jerr...Kalau balik Kelantan dengan bas...alamatnya 10 jam la duk dalam bas je.(tak pe..tak pe..itu semua pengalaman). =)
Kami disambut oleh tourist guide di sana.Ramah dan baik sekali mereka.Tempat pertama yang dibawa adalah ke Tangkuban Perahu.Subhanallah....indah sekali ciptaan ALLAH.
HARI PERTAMA : Tangkuban Perahu
Airport Bandung
Pak Asep -Tourist Guide kami
Gunung Berapi - Tangkuban Perahu
"Bukk..senyum ya bukk.."hehe..malu mak cik ni.
" Gambarnya masuk di facebook ya"..uishh..maju!! ada fb jugak.
HARI KEDUA : Lawatan ke Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)
Ahli panel dan moderator forum.Gabungan USIM dan UPI
Cantik bungkusan kuih muih
Makan malam - Nasi Goreng Gado-gado
HARI KETIGA : (1) Aktiviti "menderma" duit di kedai-kedai.
(2) Ke Kampung Mokhla Desa Cihanjuang Parampong,Bandung untuk misi kemanusiaan.
Senapang patah biasa dijual di sini dan terbuka. Di Malaysia tak boleh ya
Tengah discuss harga.Nak beli ke tak nak beg tu.Diorang beli 80000 rupiah.Saya beli 50000 rupiah.kih3..
Tiba di kampung Mokhla
Lomba (pertandingan) Nasi Tumpeng
Juri Lomba Nasi Tumpeng..bab MAKAN memang JURI..hehe
Aktiviti menjual pakaian terpakai yang dikutip hasil dari sumbangan orang ramai di Malaysia
Aiskrim!! kecik bangatt..hanya 1000 rupiah.dalam 0.30sen.
HARI ke EMPAT : (1) Melawat ke Rabbani Tekstil.Syarikat menjual produk busana muslim/muslimah
(2) Melawat ke Kedai Batik Indonesia
(3) Ke Oval Cibaduyut Raya
(4) Ke KartikaSari (famous dengan kek dan kerepek)
HARI KE LIMA : (1) Aktiviti "menderma" di kedai-kedai di Pasar Baru,Bandung
(2) Bertolak pulang ke Malaysia
Seluruh badan di cat dengan warna silver.Kreatif.Mereka orang susah.
Penyanyi jalanan..mencari sesuap nasi untuk keluarga di rumah
ALHAMDULILLAH......pengembaraan yang menyeronokkan.Banyak pengalaman yang dapat dikutip dari program ini.Walau di mana tempat kita lawati..jelajahi..terokai..sama-sama belajar sesuatu dari tempat tersebut.Bagaimana sejarahnya..masyarakatnya..budayanya dan banyak lagi.Kekadang apa yang kita lihat di kaca televisyen tidak sama dengan yang realiti.Bersyukur dengan segala kurniaan Allah.Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment