Thursday, 1 November 2012

OREO CHEESECAKE =)


Ermmm...rasa nak makan OREO CHEESECAKE la pulak.Tapi nak yang ori punye!!Means buatan sendiri la. ALHAMDULILLAH....suksess !! =)

Buat bakal isteri serta bakal ummi nanti...sekarang la kita dah kena "test masak".Tak bermakna belajar atau amik kos hebat-hebat...tapi time mak mertua mintak tolong masak...."Erkk...saya tak pandai masak mak.Pandai makan je.".Masak air pandai la.Sebab senang je.Penuhkan air dan tekan ON.( nasihat untuk diri sendiri sebenarnya ni).Hehe...

Panjang pulak citenye.Nak share resepi je.Sebenarnya cara-cara nak buat ni saya tengok dalam youtube je.Tapi bukan full ikut die punye resepi dan cara-cara nak buat.Pandai-pandai je ubah sdiri.ish..ish..ish..


BAHAN-BAHAN :

- Cream cheese (1 bekas kecik.average harga dalam RM9)
-1/2 cawan whipped cream
-1/2 cawan susu segar (tambahan kalsium)
-1 cawan icing sugar
-1 sudu teh perisa vanilla
-1/4 cawan mentega cair ( mentega tu saya panaskan dlm periuk dulu sampai cair)
-yang penting sekali.....BISKUT OREO


CARA-CARA :

- Asingkan cream biskut oreo.Korang budget la nak letak bape-bape pun.Kemudian,blender biskut tu.Nak buat cara tradisional pun boleh,,amik lesung ke..kayu ke..jangan gergaji sudah la.Pastu korang buat la sampai hancur.

-Kemudian campurkan dengan mentega cair tadi.Masukkan dalam loyang yang dialas dengan plastik.Pastu ratakan dengan permukaan bawah cawan ke..mangkuk ke.Asalkan "base" rata..bereh dohh.

-Masukkan dalam peti sejuk sementara menunggu proses untuk membuat "filling".


FILLING : 

- Kacau sehingga sebati cream cheese.

- Masukkan perisa vanilla, whipped cream, icing sugar. (kisar/kacau sehingga sebati)

- Masukkan 1-2 sudu biskut oreo yang dihancurkan tadi.Kacau sekali lagi.

- Keluarkan yang dalam peti sejuk tadi.Masukkan campuran ke dalam bekas.Means on the top base.

- Untuk yang terakhir..boleh la hias dengan biskut oreo.For the top.

-Masukkan dalam peti sejuk selama 6-8 jam.

DAH SIAP !! SENANG SANGAT.SELAMAT MENCUBA. =)





                                      





















































# Really tanks to my lOvly sister,Auney for snap the pictures. =)



2 comments: