Wednesday 4 July 2012

HATI....


 

     Bukan terlalu memilih..bukan tiada perasaan..bukan berlagak jual mahal..bukan baik atau alim sangat..Tapi pemilihan untuk mendapat yang terbaik perlu.Terbaik di mata Allah yang utama seterusnya di mata Ummi dan Abi.Pilihan ini yang akhirnya dapat memimpin keluarga menuju syurga Allah.Kekadang perasaan itu muncul sebagai ujian dariNya buat kita,ingin melihat bagaimana kita memelihara,mengawal dan mengurusnya..Perasaan cinta itu amanah,dan amanah pasti akan dihisab oleh Allah.

 

    Subhanallah,,bukan senang untuk menjaga HATI.Bukan tiada hati dan perasaan semasa menuturkan kata-kata yang 'agak kasar' untuk menolak perasaan itu.Hanya Allah yang tahu perasaan hati ini.Memikirkan REDHA ALLAH dahulu yang perlu dicapai,,dalam keterpaksaan hati ini menolak.Sakit serta sedih di hati??Biarlah dahulu sakit itu terisi di hati.Sakit untuk mencapai REDHA ALLAH dahulu.Allah lebih mengetahui segala yang terbaik untuk setiap hamba-hambaNya.Ermm,,yakin satu je!!! JANJI ALLAH ITU PASTI!!Bersabarlah menunggu perancangan Allah.


    Tenang rasa di hati bila teringatkan itu.Tidak sedikit pun terdetik di hati untuk menyakitkan hati seseorang.Mungkin juga seseorang yang diharapkan dapat membimbing bakal keluarga sakinah.Insyaallah.Cumanya masa untuk itu belum tiba lagi.Allah lebih mengetahui bila selayaknya diri ini mendirikan masjid.Permulaan ke arah itu bukan senang.Kita selalu bercakap perihal perkahwinan,,tapi..sejauh mana usaha memperbaiki diri ke arah lebih baik means menjadi SOLEH dan SOLEHAH dahulu.Tak bermakna kena tukar nama Soleh atau Solehah,,,tapi tindakan kita.Apa usaha kita??Cukupkah ilmu untuk mendidik isteri,bakal anak-anak serta mentaati suami.Banyak lagi kan perlu kita perbaiki diri bila memikirkan perihal tersebut.


# Sikap menjaga diri dan malu akan menambahkan kecantikan orang yang sudah cantik (petikan dari buku "Jadilah wanita yang paling bahagia").

 

2 comments: