Thursday 5 July 2012

Forum Muzikal Cinta


Hebat sekali "Forum Muzikal Cinta" yang terdiri daripada ahli panel Imam Muda Fakhrul dan Ustazah Asma (JAKIM) yang diadakan di DKP 3 USIM.Masyaallah.Benar-benar membuka minda dan menusuk dalam kalbu.Tak bermakna hati meronta-ronta untuk turut bercinta,,tetapi hati meronta-ronta untuk menggapai redha Allah yang paling utama dahulu.


    Satu.. kasih nan abadi, tiada tandingi, DIA yang satu..
    Dua.. sayang berpanjangan, membawa ke syurga, kasihnya IBU..
    Tiga.. lapar dan dahaga, rela berpayahan, setianya AYAH..
    Empat.. moga kau ketemu, perhati selalu, beza antara, kasih dan kekasih..

   Tingkatan cinta oleh Imam Muda Fakhrul
   Satu.. kasih nan abadi, tiada tandingi, DIA yang satu..
   Dua.. sayang berpanjangan, membawa ke syurga, kasihnya RASUL..
   Tiga.. lapar dan dahaga, rela berpayahan, manisnya JIHAD..
   EMPAT.. moga kau ketemu, AYAH & IBU, mereka adalah, kasih dan kekasih..








        
           

 Kata Ustaz Fakhrul,siapa yang rasa,dia tahu makna cinta.Lebih-lebih lagi cinta yang diselangi dengan redha daripada Allah S.W.T.Cinta adalah nikmat yang diberi oleh Allah.

Itu sebahagian sahaja.Banyak lagi yang diperkatakan oleh beliau.


Petikan daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Asma pula,bercerita tentang cinta Nabi Muhammad S.A.W,bergetar tak jiwa kita apabila kita menyebut Nabi Muhammad S.A.W??Masyaallah!!Bergetar ke tidak??Sama tak getarannya bila kita sebut nama kekasih kita??(bagi yang sudah ada la).Aaron Aziz..Fahrin Ahmad..contoh aje.Adakah sama getaran apabila kita tengok lintasan lelaki atau perempuan yang kita minat??Ada orang apabila sebut Nabi Muhammad S.A.W tanpa rasa apa-apa.Perasaan yang tidak ada rasa itu sangat rugi.Ada masalah jiwa.Bila kita sebut pasal Nabi Muhammad S.A.W,,cuba kita check pada diri kita EMPAT TANDA CINTA.Siapa yang tiada empat tanda cinta ini,cintanya adalah palsu.Bukan benar-benar cinta.Cinta hanya pada mulut,,bukan pada hati.

 


 Biasa orang bercinta sentiasa tersasul-sasul panggil nama.Nak panggil orang lain panggil "Bedah".Padahal nak panggil kawan dia,"Mail".Bila orang sebut nama kekasih dia,berbunga-bunga hati dia.Itu tanda yang pertama.Berbunga-bunga hati seolah-olah orang yang dahaga dihulurkan "100PLUS".

 

Bukti yang kedua selepas disebut-sebut akan lahirnya rasa rindu.Teringat-ingat.Janji temu pukul 12,pukul 8 pagi dah tunggu.Malam tu semua baju dia try.Akhirnya yang buruk sekali dia pakai.Sebab apa??Dah angau.Semua nampak indah belaka.Sebab rindu tak sabar nak jumpa.

 

Yang ketiga,orang yang sedang bercinta biasanya ada penyakit yang akan lahirnya KETAATAN.Taat je...Temu janji pukul 12 tu memang dia akan tepat lah.Tapi jemu janji dengan Allah susah hendak dia tepati.Temu janji dalam mesyuarat susah juga hendak tepati.Akan lahir ketaatan.Si kekasih yang lelaki cakap,saya suka sangat makan mee kari...Ehh,,betul lah.Sejak lahir memang makan mee kari pun(si kekasih yang perempuan turut mengiakan).Akan lahir rasa seiring serasi je.Seronok je.Yang perempuan,,saya peminat Chelsea,padahal tak pernah tengok bola.Sebabnya akan lahir ketaatan.Semulajadi orang yang bercinta.

 

Yang keempat,tingkatan yang lebih tinggi adalah akan sanggup berkorban apa sahaja.Memang orang yang bercinta akan sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang dicintainya.Si Bedah cakap kat Si Mail,,"Abang Mail,Bedah ni banyak masalah.Banyak sangat masalah.Masalah tu,,masalah ni".Gentlemannya Abang Mail ni dia jawab,"Wahai Bedah,Abang Mail ni memang dilahirkan untuk menyelesaikan segala masalah Bedah".Lautan api sanggup direnangi walaupun tak pandai berenang.Gunung yang tinggi sanggup didaki walaupun gayat.

 

Cuma persoalannya di sini,,wujud tak EMPAT TANDA CINTA ini dalam kisah kita dengan Rasullullah S.A.W.Kita selalu tak sebut-sebut nama Nabi??Kalau lah Allah S.W.T tak mewajibkan menjadi rukun dalam solat kita selawat ke atas Nabi,,agak-agak pernah tak berlalunya dalam satu hari tanpa kita mengucapkan selawat ke atas Nabi.Mungkin pernah.Betul atau tidak?Tepuk dada tanya iman.

 

Nabi selalu tak sebut pasal kita??Selalu Nabi sebut dan selalu Nabi bercerita kepada sahabat-sahabat tentang kita.Satu ketika Nabi sedang berkumpul dengan sahabat.Tapi muka Nabi ketika itu sangat sedih.Lalu sahabat bertanya.."Ya Rasullullah.Kenapa kamu kelihatan sedih?"Jawab Nabi,aku rindukan ikhwanku.Para sahabat rasa pelik."Ya Rasullullah.Bukankah kami ini ikhwanmu?"(ikhwan bermaksud saudara).Lalu Nabi menjawab,kamu bukan ikhwanku.Tapi kamu adalah sahabatku.Lalu para sahabat rasa cemburu.Siapa saudara Rasullullah yang baginda sangat rindu?Jawab Rasullullah,,keimanan siapa yang sangat pelik di sisi Allah?Jawab para sahabat, malaikat.Sebab malaikat tak pernah buat dosa.Lalu apa jawapan Rasullullah??Bagaimana mungkin mereka itu tidak beriman sedangkan mereka hidup dengan Allah S.W.T.Akhir sekali Nabi memberitahu,,kaum yang akan datang selepas kamu yang hanya ada pada mereka AL-QURAN tetapi mereka beriman.Mereka itulah golongan yang aku rindukan.Aku tidak sabar untuk berkumpul dan bertemu dengan mereka.

 

Nabi sebut tentang siapa??Nabi sebut tentang kita.Umat akhir zaman.Umat yang Nabi sangat rindukan.Yang Nabi tidak sabar untuk bertemu dan berkumpul.Nabi sentiasa bercerita tentang kita.Sehingga saat-saat akhir kematian Nabi,baginda menyebut tentang kita.UMMATI..UMMATI..UMMATI..

 

Masyaallah.Begitu sayang sekali Nabi Muhammad S.A.W kepada umat baginda yakni kita.Marilah sama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta sama-sama bermuhasabah.

 

 

 





2 comments:

  1. Alhamdulillah..apa yg kta dpat,kta kongsikn dgn org lain..moga bermanfaat

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.semoga sama-sama mendapat manfaat.

    ReplyDelete